Wednesday, January 21, 2009

nOstaLGia..


Haaa....jgn salah faham dengan title nakal tue key...urm..kalau anda semua nak tahu..nie laa,family eila yang tercinta...eila nie anak kepada Delfitri Noorman dan Zainab Darus...eila sayang sangat mama dengan papa walaupun kadang-kadang menjengkelkan..(maksud eila..menghalang keinginan waktu remaja)biasa la..kn..remaja mana yang jiwanya tidak memberontak...nak eila tekankan disini..eila kagum dengan mama papa eila yang sentiasa menasihati,menyanyangi,melindungi dan prihatin dengan situasi eila...
eila di besarkan dalam keluarga yang sederhana..tapi sempurna..
teringat ikan masak asam pedas mama yang sedap dan teguran papa yang acap kali buatkan dada eila berdegup kencang..nak taw pasal apa...??papa eila nie susah nak marah..jadi kalau dia marah..macam puting beliung..hahahaha...yang beratur kat belakang tue..semuanya adik eila yang sangat eila sayang dan kasihi..kira kakak mithali laa nie...dan kepada semua yang melayari blog eila..jangan lupa..keluarga adalah jaminan abadi yang telah di utuskan oleh Nya..jadi peliharalah hubngan itu seadany aselagi hayat di kandung badan...bukan nak beri syarahan..tapi rugilah kalau kita abaikan diorang semasa hayat kita..sebab bila kasih sayang abadi ini hilang dimana kita berpijak..tiada restu nan hakiki...ingat taw...jangan sakitkan hati orang yang kita sayang...eila pun kekadang dalam tidak sedar melakukan kesalahan.tapi,allah berikan kita akal fikiran untuk kita merenung kembali apa yang telah berlaku dan terjadi agar pantas memperbetulkan kesilapan agar tiada penyesalan...urm..nati eila cerita lagi ye pada episod akan datang..!!!PEACE....

kEBuNtuAN..



Tatkala ini ku rasakan duniaku tenang di samping insan-insan yang meyayangiku…akan tetapi diri ini kadang kala merasa bimbang sekiranya kebahagian ini hanya untuk seketika sekadar menjengah hidupku kini tanpa aku menyedari bahawa kebahagiaan itu hanya untuk mengujiku agar sentiasa menghargai,menyayangi dan saling melengkapi untuk apa yang ku miliki sekarang….

Di ketika ini fikiran ku kosong dan sepi sambil memikirkan apa bakal berlaku dan apakah petanda kebahagianku kini…tetapi ku tekad bahawa apa sahaja yang bakal berlaku di dalam kehidupan aku walaupun yang tersurat mahupun tersirat ,aku tidak akan sesekali mengalah dan berpaling kepada sejarah silam yang amat mendukacitakan dan hampir membuatkan diri ini putus asa dalam melayari erti kehidupan yang penuh onak dan duri…

Pernah diri ini menyatakan keresahan dan kepiluan serta kesensaraan yang ku hadapi malangnya diri ini tidak di hargai dan tidak di pedulikan…terasa duniaku gelap seketika mengigatkan insan-insan yang bergelar teman mempersendakan dan menghina diri ini semahunya tanpa rasa ingin membimbing mahupun membuatkan diriku teguh seutuhnya….tetapi semua itu ku buang jauh kerana aku berfikir kembali bahawa mereka semua tidak layak untuk mendampingi serta berada dalam hidupku…

apa yang pasti aku bangga menjadi diriku..kerna,aku berani dan berjaya menghadapi apa jua masalah dalam hidupku dengan tabah dan aku yakin ada sinar harapan dan kebahagiaan atas apa yang berlaku dulu….

sekarang??
aku mampu tersenyum dan aku telah membuktikan aku benar dalam menilai apa yang berlaku dalam hidupku…sesungguhnya sekeping hati yang cekal mampu melawan arus dunia yang menuntut aku menjadi wanita atau perempuan yang akan menerima apa jua cabaran hidup walau perit dan sesukar mana halangan ataupun dugaan hidupku…

KeSiLaPaN LaLu…


Kesilapan…..

Mungkin acap kali kedengaran bukan…??

Dalam mencari dan menyelami apa itu kesilapan dan mengapa ianya terjadi kita sering tertanya-tanya adakah kesilapan itu sendiri dapat di maafkan atau sebaliknya…

Bagi diriku sendiri cukuplah diri ini melakukan kesilapan kerana telalu perit untuk menelan betapa pahitnya kehilangan,kesepian yang di meterai atas nama kesilapan yang bagiku dalam tidak sedar

diri ini melakukannya…..

Selama ini diri ini terlalu taksub dengan mainan dunia sehingga kadang kala terkeluar dari landasan yang aku sendiri tidak pasti di mana penghujungnya…

Dalam kedinginan malam aku sering tertanya-tanya adakah ini sekadar mainan hidup atau dugaan dari Yang Maha Esa kepada hamba yang sering leka seperti diriku ini..

Dan…

Sesekali kotak fikiranku yang daif lagi bercelaru berfikir bagaimana dan mengapa ini semua ini sering terjadi dan mengapa DIRI ini yang harus menghadapi semua ni tetapi bukan orang lain…..??!!

Tetapi ku akur…

Akur dengan dugaan dan menerima setiap kesilapan ku untuk terus berdiri mengapai awan di kaki langit…

Tanpa ku sedari diri ini di kurniakan pelbagai nikmat dan pengertiaan yang tidak bertepian walaupun dalam menempuh pahit maung dalam erti kata kesilapan dan tanpa ku duga masih ada lagi yang menyayangi diri ini..

Ya Allah…

Ku Bersyukur di atas setiap pengalaman.detik terindah dalam hidupku ini..

walau insan di sekelilingku memandang serong padaku,kau sentiasa di sisi..Bersyukur kerana Kau kurniakan keluarga yang memahami dan menyayangi diri ini seikhlasnya…