Wednesday, January 21, 2009

kEBuNtuAN..



Tatkala ini ku rasakan duniaku tenang di samping insan-insan yang meyayangiku…akan tetapi diri ini kadang kala merasa bimbang sekiranya kebahagian ini hanya untuk seketika sekadar menjengah hidupku kini tanpa aku menyedari bahawa kebahagiaan itu hanya untuk mengujiku agar sentiasa menghargai,menyayangi dan saling melengkapi untuk apa yang ku miliki sekarang….

Di ketika ini fikiran ku kosong dan sepi sambil memikirkan apa bakal berlaku dan apakah petanda kebahagianku kini…tetapi ku tekad bahawa apa sahaja yang bakal berlaku di dalam kehidupan aku walaupun yang tersurat mahupun tersirat ,aku tidak akan sesekali mengalah dan berpaling kepada sejarah silam yang amat mendukacitakan dan hampir membuatkan diri ini putus asa dalam melayari erti kehidupan yang penuh onak dan duri…

Pernah diri ini menyatakan keresahan dan kepiluan serta kesensaraan yang ku hadapi malangnya diri ini tidak di hargai dan tidak di pedulikan…terasa duniaku gelap seketika mengigatkan insan-insan yang bergelar teman mempersendakan dan menghina diri ini semahunya tanpa rasa ingin membimbing mahupun membuatkan diriku teguh seutuhnya….tetapi semua itu ku buang jauh kerana aku berfikir kembali bahawa mereka semua tidak layak untuk mendampingi serta berada dalam hidupku…

apa yang pasti aku bangga menjadi diriku..kerna,aku berani dan berjaya menghadapi apa jua masalah dalam hidupku dengan tabah dan aku yakin ada sinar harapan dan kebahagiaan atas apa yang berlaku dulu….

sekarang??
aku mampu tersenyum dan aku telah membuktikan aku benar dalam menilai apa yang berlaku dalam hidupku…sesungguhnya sekeping hati yang cekal mampu melawan arus dunia yang menuntut aku menjadi wanita atau perempuan yang akan menerima apa jua cabaran hidup walau perit dan sesukar mana halangan ataupun dugaan hidupku…

1 comment:

Anonymous said...

urm..byk yg ku pelajari..